Apple Dilaporkan Membatalkan Penjualan Mac Pro M1 Kerana Ingin Menjualnya Dengan Cip M2

TechnologyDigital
27 Jul 2022 • 11:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Apple Mac Pro

Apple Mac Pro adalah komputer berkuasa Appple untuk kegunaan profesional yang dijual pada harga maksimum mencapai lebih RM200k. Namun dengan pengenalan Apple Silicon seperti siri M1 dan M2 yang terbukti lebih berkuasa dan efisien berbanding cip Intel, Mac Pro turut akan berhenti menggunakan cip Intel.

Februari lalu kami melaporkan yang Apple sedang membangunkan Mac Pro dengan cip yang mempunyai 4 kali ganda lebih berkuasa berbanding Apple M1 Max. Kemudian selepas sebulan, mereka hadir dengan cip Apple M1 Ultra yang lebih berkuasa dan mengacah kehadiran Mac Pro baharu.

Terkini, Mark Gurman menyatakan Apple sudah pun mempunyai Mac Pro dengan cip Apple Silicon siri M1 tetapi membatalkan niat untuk menjualnya. Ini kerana mereka ingin gantikan dengan versi M2 Extreme yang masih dalam pembangunan.

image is not available

Mac Studio sudah pun menggunakan cip M1 Max dan M1 Ultra, jadi untuk Mac Pro yang sepatutnya adalah satu peranti berkuasa – mereka mungkin ingin membezakan dua peranti dengan penggunaan cip berbeza. Jika mereka sudah Mac Studio yang kompak sudah menggunakan M1 berkuasa, siapa ingin beli Mac Pro dengan cip yang sama?

Mac Pro baharu ini dijangka akan dilancarkan pada tahun 2023 akan datang. Sementara cip M2 untuk komputer akan digunakan pada Mac Mini dengan rekaan sama terlebih dahulu. Sama-sama kita nantikan apakah yang Apple akan lakukan untuk Mac Pro dan Mac Mini mereka nanti.