Apple Dilaporkan Telah Mengambil-Alih 32 Startup Berkaitan AI

TechnologyDigital
9 Feb 2024 • 3:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Setiap syarikat teknologi ternama akan mengambil-alih pelbagai syarikat startup bagi menjayakan projek masing-masing. Untuk perkembangan teknologi terkini, setiap syarikat telah memfokuskan kepada kecerdasan buatan. Google telah mengambil-alih 21 startup AI, Meta pula 18, Microsoft paling sikit iaitu 17 dan terbaru Apple dilaporkan adalah yang paling banyak iaitu telah mengambil-alih sekitar 32 syarikat.

image is not available

Apa yang membezakan Apple dengan pesaing adalah mereka berani mengambil alih startup AI yang masih di peringkat awal pembangunan. Ini adalah strategi mereka bagi bersama-sama mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam arena AI generatif. iOS 18 akan datang dijangka akan hadir dengan sistem AI generatif tersendiri Apple dan akan menjadi kemas kini terbesar dalam sejarah.

image is not available

Apple turut telah membangunkan AI generatif penjanaan imej MGIE dan berjaya menguji menjalankan model bahasa raya besar pada peranti dengan memori yang kecil. Sama-sama kita nantikan perkembangan teknologi AI oleh Apple. Ia mungkin akan diumumkan pada acara WWDC 2024.