Apple Disaman Kerana Filem Tetris Didakwa Diadaptasi Tanpa Kebenaran

TechnologyGamingDigital
10 Aug 2023 • 11:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Filem Tetris ditayangkan di Apple TV+ pada Mac lalu dengan ia berkisar mengenai pembangunan permainan video terkemuka pada dekad 80an. Semalam Apple dan Tetris Company telah disaman kerana lakon layar filem diadaptasi daripada buku The Tetris Effect: The Game That Hypnotized the World tanpa kebenaran penulis.

image is not available

The Tetris Effect ialah buku yang ditulis oleh Dan Ackerman yang juga merupakan ketua editor laman teknologi Gizmodo. Menurut Ackerman, beliau menghantar buku nukilan beliau kepada Tetris Company pada tahun 2016. Syarikat kemudiannya mengancam akan menyaman beliau sekiranya buka diadaptasi menjadi filem atau siri TV.

Oleh sebab terdapat persamaan dalam lakon layar filem dan buku, Ackerman meminta ganti rugi sebanyak 8% daripada $80 juta yang merupakan kos pembikinan filem Tetris. Pihak Apple dan Tetris Company belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai saman yang difailkan.