Apple Disaman Penulis Disebabkan “Cetak Rompak” Buku Dalam Melatih Model AI

TechnologyBusiness & Finance
8 Sep 2025 • 6:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebuah saman baharu telah difailkan di Amerika Syarikat oleh penulis, mengatakan Apple telah menggunakan buku yang ditulis dan dikarang oleh mereka, untuk tujuan latihan model kecerdasan buatan. Perkara ini dilakukan tanpa kebenaran atau pelesenan, sekaligus membuatkan latihan model berkenaan dilakukan secara haram oleh Apple.

Apple dikatakan menggunakan set data dinamakan Books3 yang menyertakan sejumlah data buku secara haram, tanpa kebenaran pihak penulis atau penerbit. Apple didapati menggunakan set data berkenaan dalam melatih model OpenELM mereka.

Apple sebelum ini telah menerbitkan model OpenELM pada Hugging Face secara terbuka, membolehkan orang ramai menyemak kod sumber, selain turut memperlihatkan set data yang digunakan olehnya.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal pemfailan saman. Tidak diketahui lagi bilakah dan apakah proses akhir perbicaraannya kelak. Baru-baru ini, Anthropic telah menyelesaikan kes saman dengan bersetuju membayar $1.5 bilion kepada para penulis, memperlihatkan nilai pampasan sekitar $3000 untuk 500,000 penulis yang telah dicetak rompak untuk tujuan latihan model AI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved