Apple Ingin Pindahkan Sebahagian Pengeluaran Mac Mini Ke Amerika

LocalTechnology
24 Feb 2026 • 11:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple kini dilaporkan akan mengalihkan sebahagian daripada pengeluaran Mac Mini ke Amerika Syarikat. Pengeluaran Mac Mini ini dijangka akan dialihkan ke fasiliti dibawah Foxconn yang berpusat di Houston.

image is not available

Ini sekaligus memperlihatkan langkah Apple dalam mempertingkatkan pengeluaran produk mereka di Amerika Syarikat, sekurang-kurangnya untuk penggunaan tempatan di sana. Ini juga dijangka akan membolehkan Apple mengelak pembayaran tarif yang dikenakan kerajaan Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Donald Trump.

Untuk makluman, sebelum ini Mac Mini turut dikeluarkan dan dihasilkan di Malaysia. Ia tidak diketahui langkah Apple ini akan memberikan kesan terhadap pengeluaran Mac Mini di Malaysia atau sebaliknya. Kebelakangan ini, permintaan untuk Mac Mini meningkat disebabkan oleh penggunaannya dalam menjalankan perisian untuk mengoperasikan AI berejen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved