Apple iPhone 15 Kini Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia – Tetapi Anda Akan Terimanya Pada Oktober 2023

TechnologyDigital
22 Sep 2023 • 1:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Malaysia hari ini telah membuka proses pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru mereka dibawah siri iPhone 15. Sebanyak 4 model ditawarkan, iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan juga iPhone 15 Pro Max.

image is not available

Pra-tempahan boleh dilakukan melalui halaman rasmi Apple Malaysia bermula hari ini (22 September 2023). Namun begitu, walaupun peranti ini akan ditawarkan di Malaysia bermula 29 September 2023, tetapi tarikh penghantaran yang dipaparkan adalah sekitar Oktober 2023.

Hal ini berkemungkinan kerana kekurangan stok awal, dan juga permintaan tinggi untuk siri iPhone baharu ini.

image is not available

Berikut merupakan harga jualan siri iPhone terbaru di Malaysia:

iPhone 15

  • 128GB – RM4,399.
  • 256GB – RM4,899.
  • 512GB – RM5,899.

iPhone 15 Plus

  • 128GB – RM4,899.
  • 256GB – RM5,399.
  • 512GB – RM6,399.

iPhone 15 Pro

  • 128GB – RM5,499.
  • 256GB – RM5,999.
  • 512GB – RM6,999.
  • 1TB – RM7,999

iPhone 15 Pro Max

  • 256GB – RM6,499.
  • 512GB – RM7,499.
  • 1TB – RM8,499.

Siri iPhone 15 membawakan beberapa perubahan yang menarik, dan salah satu yang dinantikan ramai adalah penggunaan pengecas berasaskan USB-C pada telefon pintar berkenaan. Disamping itu, kesemua model kini hadir dengan sokongan Dynamic Islands.

Bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkan siri iPhone 15 baharu, boleh menyemak laman rasmi Apple Malaysia hari ini, atau turut melihat kepada penawaran beberapa syarikat telekomunikasi tempatan.