Apple iPhone 17 Pro Tidak Lagi Menggunakan Tubuh Titanium

TechnologyDigital
10 Sep 2025 • 10:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menerusi iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max, Apple memulakan semula trend penggunaan kerangka titanium pada telefon pintar. Logam ini lebih ringan dan tahan lasak berbanding aluminium. Tetapi uniknya tahun ini iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max tidak lagi ditawarkan dengan logam eksotik ini.

image is not available

Sebaliknya tubuh kedua-dua model kembali menggunakan logam aluminium kelas aeroangkasa. Menurut Apple ini adalah kerana tubuh siri iPhone 17 Pro kini adalah kerangka unibody baharu yang diukir daripada satu bongkah aluminium. Apabila dipadankan dengan kebuk wasap penyejukan yang juga baharu, kerangka aluminium ini akan memberikan prestasi penyejukan 20x lebih baik berbanding logam titanium.

image is not available

Bagi yang masih inginkan peranti titanium Apple, iPhone Air ialah model baharu yang mengekalkan kerangka tubuh titanium atau membeli model iPhone 16 Pro tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved