Apple Lancar Mac Studio Spesifikasi Paling Tinggi Dengan Harga RM60,924, Lengkap Cip M4 Max Dan M3 Ultra Dengan Storan 16TB SSD

TechnologyDigital
7 Mar 2025 • 1:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Apple baru-baru ini telah memperkenalkan Mac Studio dengan pilihan cip M4 Max dan M3 Ultra, direka khas untuk memenuhi keperluan pemprosesan berasaskan tugasan.

Peranti ini ditawarkan pada harga bermula RM8,999, dengan pilihan bagi pengguna untuk menaik taraf spesifikasi mengikut keperluan mereka.

image is not available

Di pasaran Malaysia, Mac Studio masih belum tersedia untuk pembelian, namun harga sudah boleh disemak melalui laman rasmi Apple.

Berdasarkan semakan, model dengan spesifikasi tertinggi—yang dilengkapi memori sehingga 512GB RAM, storan 16TB SSD, serta cip M3 Ultra yang lebih berkuasa—disenaraikan pada harga RM60,924.

image is not available

image is not available

image is not available

Bagi model dengan cip M4 Max dan spesifikasi maksimum, termasuk 128GB RAM serta storan 8TB, ia ditawarkan pada harga RM25,574.

Setakat ini, Apple masih belum mengumumkan tarikh rasmi penawaran Mac Studio di Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

Berwaspada Dengan Waktu Solat Tidak Tepat Dalam Carian Google, Anda Disaran Layari E-Solat JAKIM

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved