Apple Mac Mini M4 adalah komputer kompak paling berkuasa yang pernah dilancarkan setakat ini. Bukan itu sahaja, harga jualan permulaannya juga adalah murah berbanding komputer pesaing dengan kemampuan lebih kurang sama. Kini selepas hampir sebulan dilancarkan, Mac Mini baharu ini boleh dibeli di Malaysia.

Melalui laman web Apple Malaysia, kedua-dua model dengan cip M4 dan M4 Pro telah boleh dibeli. Model paling murah dijual pada harga RM2,499 untuk variasi 16/256 GB. Apple turut menawarkan spesifikasi paling tinggi dengan cip M4 Pro CPU 14‑teras, GPU 20‑teras, Neural Engine 16-teras, memori 64GB RAM + 8TB SSD dan 10 Gigabit Ethernet pada harga RM20,024.

Untuk setiap pembelian, penghantaran akan bermula dari 10 Disember 2024 sehingga 17 Disember 2024. Sementara untuk Apple Pick Up pula, ia akan bermula pada 17 Disember 2024.

