
Apple telah memperkenalkan MacBook Neo pada 4 Mac lalu dan kini ia sudah boleh dibeli di Malaysia. Bagi mereka yang berminat, pembelian boleh dilakukan melalui Apple Store serta rangkaian penjual rasmi Apple di Malaysia. Harga jualan bermula RM2,499 untuk model 256GB dan RM2,899 bagi storan 512GB, di samping ia turut ditawarkan dalam empat pilihan warna ceria iaitu Silver, Indigo, Blush serta Citrus.

Apple MacBook Neo hadir dengan skrin bersaiz 13 inci dan dikuasakan cip Apple A18 yang sebelum ini digunakan pada iPhone 16. Cip A18 Pro ini menawarkan 6-teras CPU, 5-teras GPU serta 16-teras Neural Engine untuk prestasi lebih pantas dan efisien. Melengkapkan komputer riba ini ialah memori 8GB RAM, pilihan storan sama ada 256GB atau 512GB serta sokongan Touch ID bagi keselamatan tambahan. Dari segi sambungan, ia menyediakan dua port USB-C dan bicu audio 3.5mm manakala Apple menyatakan baterinya mampu bertahan sehingga 16 jam penggunaan.
- Beli sekarang –MacBook Neo MY

