Apple MacBook Pro Dengan Skrin Sesentuh Tidak Lagi Mempunyai Takuk Kamera

TechnologyDigital
29 Oct 2026 • 10:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple MacBook Pro Dengan Skrin Sesentuh Tidak Lagi Mempunyai Takuk Kamera

Lima tahun lalu Apple memperkenalkan MacBook Pro 14″ dan 16 dengan takuk skrin bagi meletakkan kamera web. Awal pagi tadi MacBook Pro 14″ dan 16″ dengan skrin sesentuh PROLED XDR Display baharu dilancarkan bukan sahaja dengan skrin OLED tetapi juga tidak lagi mempunyai takuk pada skrin.

Image from: Apple MacBook Pro Dengan Skrin Sesentuh Tidak Lagi Mempunyai Takuk Kamera

Takuk besar pada bahagian atas skrin telah digantikan dengan lubang skrin bujur yang mirip ditemukan pada iPhone sejak iPhone 14 Pro empat tahun lalu. Dari segi rekaan penggunaan lubang kamera menjadikan skrin nampak lebih kemas dengan kurang elemen antaramuka dihalang palang hitam.

Apple secara perlahan-lahan mula mengecilkan saiz lubang kamera dengan ura-ura dalam masa terdekat kesemua kamera dan juga sensor Face ID akan diletakkan di bawah skrin. Ini sudahpun dilakukan pada skrin dalam iPhone Duo tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved