Apple Membatalkan Pembangunan iPhone SE Gen-4

TechnologyDigital
7 Jan 2023 • 3:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Berita buruk bagi peminat siri iPhone SE kerana menurut laporan daripada penganalisa Ming-Chi Kuo, pembangunan iPhone SE Gen-4 yang diramalkan dilancarkan pada tahun 2024 telah dibatalkan. Sebelum ini beliau mengatakan projek pembangunan sekadar ditangguhkan sahaja.

image is not available

Dua faktor menyumbang kepada pembatalan telefon ini. Faktor pertama ialah jualan iPhone lebih mampu milik adalah lebih rendah berbanding model mercu mereka. Jualan iPhone SE Gen-3 tahun lalu tidak mencapai sasaran dengan pengeluaran dikurangkan secara mendadak.

Faktor kedua ialah pada asalnya iPhone SE 2024 akan dilengkapi modem rekaan Apple sendiri tetapi dalam ujian yang dilakukan setakat ini, prestasinya lebih rendah berbanding modem Qualcomm yang digunakan sekarang. Ini menjadikan ramalan Kuo berita baik buat Qualcomm yang kini mendominasi pasaran modem telefon pintar di pasara dunia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved