Apple Memintas Samsung Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Dunia Pada Tahun 2023

TechnologyDigital
16 Jan 2024 • 4:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Yang diramal akhirnya menjadi kenyataan. Apple ialah pengeluar telefon pintar terbesar dunia pada tahun 2023 selepas berjaya memintas Samsung yang memegang status ini sejak 2011. Menurut data yang dilaporkan oleh IDC, Apple mengeluarkan 234.6 juta iPhone tahun 2023 yang bersamaan dengan pegangan 20.1% pasaran.

image is not available

Samsung di tangga kedua dengan 19.4% diikuti oleh Xiaomi (12.5%), Oppo (8.8%) dan Transsion (8.15). Baki 31% pasaran dipegang oleh syarikat-syarikat lain. Apple memintas Samsung dengan pengeluaran iPhone meningkat 3.7% berbanding 2022.

Samsung paling teruk terjejas dengan penurunan 13.6% diikuti oleh Oppo (9.9%). Hanya Apple tidak mengalami penyusutan pengeluaran pada tahun 2023 disebabkan oleh kesan pandemik yang masih dapat dirasai.

Menarik di sini ialah kebangkitan Transsion yang merupakan syarikat induk kepada jenama Itel, Tecno, dan Infinix yang berjaya menyelinap masuk menggantikan tempat Vivo. Tahun lalu Samsung di tempat pertama diikuti Apple, Xiaomi, Oppo dan Vivo. Apple pada tahun 2022 hanya 3% di belakang Samsung.