Apple Memperkenalkan Kemaskini iOS 17.1 Untuk iPhone Dengan Pelbagai Fungsi Baharu

TechnologyDigital
26 Oct 2023 • 10:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini telah mula mengedarkan kemaskini terbaru iOS, iaitu iOS 17.1. Melaluinya, ia menyelesaikan sejumlah pepijat yang telah dikenal-pasti, dan pada masa yang sama menawarkan beberapa ciri baharu untuk pengguna iPhone.

image is not available

Salah satu ciri baharu yang ditambah pada kemaskini baharu ini adalah sokongan menghantar kandungan melalui AirDrop walaupun pada jarak jauh. Pengguna boleh memulakan penghantaran AirDrop, dan ia akan diteruskan melalui internet apabila berada pada jarak jauh.

Disamping itu, ia turut mengatasi masalah papan kekunci yang kurang responsif, selain beberapa pembaharuan pada aplikasi Music. 

Bagi anda yang menggunakan iOS 17, boleh mengemaskini kepada perisian terkini ini, sekaligus menikmati sejumlah ciri yang disertakan bersama dengannya.