Apple Menamatkan Penawaran iPhone Mini

TechnologyDigital
13 Sep 2023 • 3:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple telah memperkenalkan iPhone Mini pada tahun 2020 lepas, dibawah nama iPhone 12 Mini, dan seterusnya turut dikemaskini kepada iPhone 13 Mini. Ia hadir dengan saiz kompak 5.4-inci, dan diminati dikalangan peminat peranti bersaiz kompak.

image is not available

Apple tidak meneruskan ia dibawah siri iPhone 14 – tetapi terus menjual iPhone 13 Mini kepada pengguna, membolehkan mereka yang meminatinya untuk terus membeli. Namun, dengan pengenalan siri iPhone 15, Apple kini berhenti menawarkan iPhone 13 Mini – sekaligus menamatkan era iPhone Mini sebelum ini.

Dengan penamatan ini, sekiranya anda inginkan iPhone bersaiz sedikit kompak, mungkin boleh memilih iPhone SE. Namun, ia hadir dengan rekaan lama dan bukannya rekaan moden seperti siri iPhone Mini sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved