Apple Menawarkan Ganjaran Melebihi RM4.3 Juta Jika Sesiapa Boleh Menggodam Private Cloud Compute

TechnologyDigital
25 Oct 2024 • 10:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Private Cloud Compute adalah kaedah memproses data untuk ciri kecerdasan buatan generatif dengan fokus kepada privasi dan sekuriti data pengguna. Apple yakin yang kaedah memproses data mereka adalah lebih selamat berbanding syarikat AI lain. Oleh yang demikian, Apple telah menawarkan ganjaran lumayan jika sesiapa boleh menggodam Private Cloud Compute.

image is not available

Apple menawarkan ganjaran dari $50,000 (~RM217,512) sehingga $1,000,000 (~RM4,350,500). Ganjaran adalah berbeza mengikut jenis kerentanan sekuriti yang ditemui. Apple turut membuka untuk sesiapa menyemak kod mereka dan buktikan jika Apple benar-benar menyimpan atau menggunakan data peribadi pengguna.

image is not available

Cuma apa yang tidak pasti adalah, jika Apple Intelligence menggunakan sistem komput awanan peribadi – bagaimana pula dengan data pengguna apabila menggunakan ChatGPT menerusi Siri dalam iOS 18.2? Dengan ia baru sahaja terbuka kepada semua semalam, kita pasti akan mendengar maklumat lanjut mengenai hal ini tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved