
Apple telah mengambil alih firma MotionVFX, yang menghasilkan plugin, templat, dan kesan khas untuk Final Cut Pro, Motion, dan DaVinci Resolve. Kesemua 70 pekerja MotionVFX kini menyertai Apple sebagai sebahagian daripada pengambilalihan tersebut.

MotionVFX ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Szymon Masiak dan berpangkalan di Warsaw, Poland. Nilai pengambilalihan oleh Apple tidak pula diumumkan serta sama ada MotionVFX akan terus ditawarkan pada perisian DaVinci Resolve selepas ini.
Tahun ini Apple mengumumkan pelan langganan Creator Studio yang menawarkan akses perisian Final Cut Pro, Logic Pro, Pixelmator Pro, Motion, Compressor dan MainStage ada harga RM29.90 sebulan. Dengan pengambilalihan MotionVFX, Apple menjadikan produk mereka lebih menarik bagi menjadi alternatif kepada perisian kreatif keluaran Adobe dan Affinity.
