Apple Mengemaskini iPad Asas Dengan Cip A16 – Harga Bermula RM1599

TechnologyDigital
4 Mar 2025 • 10:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama kemaskini untuk iPad Air, Apple turut menyelitkan kemaskini untuk tablet versi asas mereka, yang dikenali dengan nama hanya iPad. Versi kemaskini baharu ini hadir dengan cip Apple A16.

image is not available

Apple mengatakan ia menawarkan prestasi 30% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya, dan turut membandingkan ia dengan tablet Android – mengatakan beroperasi 6x ganda lebih pantas. Ujian ini Apple lakukan dengan bandingkan dengan tablet menjalankan Android 14, dan cip Qualcomm SM6375.

Tiada sokongan Apple Intelligence yang disertakan bersama tablet ini.

iPad asas hadir dengan storan bermula 128GB, pada harga RM1599 untuk versi WiFi, dan bermula RM2299 untuk versi selular. Magic Keyboard Folio untuk iPad ditawarkan pada harga RM1149.