Apple Mengintegrasikan ChatGPT Pada iOS, iPadOS Dan macOS – Boleh Diguna Percuma, Tanpa Akaun

TechnologyDigital
11 Jun 2024 • 3:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini mengumumkan mereka akan mengintegrasikan ChatGPT secara terus pada sistem operasi iOS, iPadOS dan juga macOS, sekaligus memudahkan para pengguna untuk mengakses dan menggunakan keupayaan ChatGPT dengan mudah pada peranti masing-masing.

ChatGPT ditawarkan secara percuma melalui penawaran Applen ini, dimana pengguna tidak perlu melakukan sebarang pendaftaran akaun atau langganan. Namun, sekiranya mempunyai akaun berbayar, pengguna boleh pautkan dalam menggunakan akses tambahan yang dibawakan olehnya.

image is not available

Dengan langkah ini, pengguna boleh menggunakannya dalam melakukan penjanaan gambar, penjanaan teks, membaiki teks yang ditaip, menganalisa dokumen dan sebagainya. Untuk permulaan, ia akan hadir pada Writing Tools dalam sistem Apple. ChatGPT juga turut boleh digunakan bersama-sama Siri untuk mendapatkan pelbagai jawapan menarik dengan mudah.

image is not available

Sokongan ChatGPT dengan versi GPT-4o ini akan ditawarkan melalui iOS, iPadOS dan macOS pada tahun ini.