Apple Menyambung Perbalahan Hak Milik Logo Buah Epal Menentang Fruit Union Suisse

TechnologyDigital
20 Jun 2023 • 3:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti kebanyakan syarikat-syarikat besar di luar sana, Apple ialah sebuah jenama yang sangat menitikberatkan hak milik dan penggunaan logo syarikat mereka. Terkini, ia telah dilaporkan bahawa mereka telah menyambung kes mahkamah berkaitan hak milik logo tersebut menentang sebuah syarikat dari Switzerland.

Fruit Union Suisse ialah sebuah persatuan di Switzerland yang dilihat membantu para petani buah-buahan di negara tersebut untuk mempromosi tanam-tanaman mereka, dan perbalahan logo diantara kedua-dua syarikat ini juga dilaporkan sudah berlarutan sehingga enam tahun, dan bakal diperbaharui lagi.

image is not available

Sejak tahun 2017, Apple telah mula memfailkan tanda dagang, hak milik dan hak penggunaan logo epal mereka secara eksklusif, dan telah mencuba untuk menghalang Fruit Union Suisse daripada menggunakan logo epal berwarna merah dengan palang berwarna putih mereka.

Alasan Apple ialah kerana logo Fruit Union Suisse ini apabila digunakan dalam aplikasi lain seperti warna hitam dan putih boleh menyebebkan salah-faham kerana mungkin boleh dilihat mempunyai rekabentuk yang sama.

image is not available

Secara teknikalnya, Apple sudahpun diberikan kelulusan separa untuk hakmilik penggunaan logo mereka pada penghujung 2022, tetapi merasakan bahawa ia tidak mencukupi, Apple dilihat memahukan hak milik sepenuhnya, dan ini dilihat menghalang Fruit Union Suisse daripada menggunakan logo mereka yang sedia ada.

Fruit Union Suisse telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa Apple nampaknya mahu mendapatkan hakmilik kepada semua logo berbentuk buah epal, bukan sahaja yang khusus dimiliki Apple.

Laporan daripada Wired pula memperlihatkan bahawa ini bukanlah kali pertama Apple cuba untuk mendapatkan hak milik kepada rekaan logo buah epal di beberapa negara lain di seluruh dunia.

  • Sumber
  • Wired