Apple Mula Membenarkan Aplikasi Torrent Pada iOS Tetapi Hanya Di AltStore

TechnologyDigital
29 Jul 2024 • 3:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nampaknya Apple benar-benar takut dengan kerajaan Eropah kerana tahun ini macam-macam ciri dan fungsi ditawarkan yang ramai tidak sangka Apple akan melakukannya. Contohnya aplikasi pelagak konsol retro, pelagak PC, gedung aplikasi pihak ketiga, sokongan RCS dan banyak lagi. Terbaru, Apple dilihat telah mula membenarkan aplikasi Torrent yang sudah bertahun lamanya diharamkan oleh Apple.

image is not available

Walaupun begitu, tidak semua pengguna iPhone boleh memuat turun aplikasi torrent ini kerana ia terhad kepada pengguna Eropah sahaja. Itu pun hanya melalui AltStore iaitu gedung aplikasi pihak ketiga yang telah diiktiraf dan bukannya Apple App Store. Aplikasi ini adalah iTorrent iaitu klien torrent yang bebas digunakan tanpa iPhone perlu dijailbreak dan juga qBitControl untuk mengawal dan memantau proses muat turun torrent pada komputer.

AltStore turut menyemak kod aplikasi dan pembangun aplikasi bagi memastikan tiada perkara yang melanggar peraturan Apple. Mereka turut mengeluarkan kenyataan untuk menggunakannya hanya untuk perkongsian fail dan bukannya untuk cetak rompak.

View Original Article