Biasanya apabila orang ramai tanya saya apakah alternatif Chromebooks atau laptop bajet yang baik awapan saya ialah iPad. Walau bagaimanapun Apple tidak lagi memandang iPad sebagai pengganti kepada komputer riba. Apple kini dilaporkan akan membangunkan MacBook mampu milik bagi bersaing dengan Chromebook.
Chromebook adalah laptop mampu milik yang menjalankan Chrome OS. Sejak Covid, platform ini menjadi popular di kalangan pelajar dan pengguna yang kurang berkemampuan. Apple dikatakan berminat untuk bersaing dalam kategori ini dan akan memperkenalkan laptop yang bersaingan dengan siri MacBook Air serta MacBook Pro.

Laptop ini dikatakan masih dibina dari bahan binaan besi tetapi komponen yang berasingan. MacBook mampu milik ini mungkin juga adalah iPad dalam bentuk komputer riba kerana kami sendiri ada melaporkan laporan Magic Keyboard untuk iPad Pro baharu akan diperbuat daripada aluminium.
Chromebook di pasaran sekarang biasanya yang popular berharga sekitar $300 atau RM1500 ke bawah. Jika Apple ingin hadir dengan pesaing Chromebook, ia mestilah berharga sekitar $400 atau RM2000 ke bawah. Mungkin akan ada Mac Rahmah?
- Sumber
- Android Authority
