Apple Mungkin Menamakan Penawaran Kecerdasan Buatan Mereka Sebagai “Apple Intelligence”

TechnologyDigital
8 Jun 2024 • 4:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ramai yang sedia menantikan pengenalan sokongan kecerdasan buatan atau AI oleh Apple, melalui acara WWDC 2024 kelak. Apple dijangka akan mengumumkan sokongan perisian baharu seperti iOS 18 dan macOS baharu, dan ia dijangka hadir dengan sokongan integrasi awal untuk kecerdasan buatan oleh Apple.

Menariknya, menurut Bloomberg, Apple dikatakan mungkin menamakan penawaran ciri-ciri baharu ini sebagai Apple Intelligence – sekaligus bermain dengan penggunaan terma “AI” yang semakin popular kebelakangan ini.

Mengikut desas-desus awal, ciri asas dijangka diintegrasikan pada Siri untuk ia berbual dengan lebih mesra pengguna, selain turut meningkatkan produktiviti melalui integrasi kecerdasan buatan, dan turut memudahkan sejumlah penyuntingan.

Apple WWDC akan berlangsung pada awal minggu hadapan, dimana kita akan melihat pelbagai perkara baharu dikongsikan Apple, termasuk berkaitan Apple Intelligence ini. Sama-sama kita nantikannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved