Apple Mungkin Sedang Membangunkan homeOS Untuk HomePod Baharu

TechnologyDigital
30 Jan 2024 • 6:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anda pernah dengar nama HomeOS? Ia adalah prototaip sistem operasi oleh Microsoft Research untuk mengawal peranti internet benda di rumah. Sistem ini tidak menjadi realiti, tetapi nama HomeOS masih wujud sehingga hari ini. Terbaru, homeOS telah digunakan oleh Apple dalam kod pembangunan tvOS 17.4.

image is not available

Ini bukan kali pertama Apple menggunakan homeOS. Pada tahun 2021 Apple mencari pekerja baharu berkaitan dengan pembangunan sistem operasi ini. Tetapi selepas ditemui oleh ramai wartawan, perkataan homeOS telah dibuang. Kini selepas 3 tahun, homeOS muncul sekali lagi mencadangkan Apple masih ingin menjadikannya sebagai realiti.

image is not available

Menurut sumber, homeOS mungkin adalah gabungan tvOS dan sistem operasi HomePod yang juga dibina berasaskan platform tvOS. homeOS akan menjadi sistem operasi utama untuk peranti internet benda di rumah. Antara produk yang mungkin akan menggunakannya adalah HomePod dengan skrin bagi bersaing dengan Google Nest Hub atau Amazon Echo.