Apple Music Akan Mula Papar Label Pada Muzik Janaan AI

TechnologyMusic
21 Aug 2026 • 2:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Music pula akan mula memaparkan label pada muzik yang dihasilkan dengan bantuan kecerdasan buatan (AI). Menurut laporan Hollywood Reporter, Apple mula menghubungi syarikat pengeluar dan pengedar muzik untuk menggunakan AI Transparency Tags pada kandungan yang dijana menggunakan AI.

Image from: Apple Music Akan Mula Papar Label Pada Muzik Janaan AI

AI Transparency Tags diperkenalkan pada Mac lalu cuma tidak dikuatkuasakan oleh Apple Music. Apple Music mengatakan label muzik janaan AI akan dipaparkan dalam aplikasi menjelang penghujung tahun tanpa tarikh muktamad diberikan. Label janaan AI ini adalah mirip dengan label yang digunakan pada muzik mempunyai kandungan yang hanya serasi didengari oleh orang dewasa.

Dengan ini Apple Music dan Spotify mula memaparkan label pada muzik janaan AI yang semakin membanjiri pelbagai platform penstriman audio utama. Apple belum menyatakan bagaimana sistem mereka akan dikuatkuasakan dan apakah terjadi pada muzik AI yang tidak dilabel.

Di Spotify profil pemuzik bukan manusia – AI Persona – baru sahaja dilancarkan. Semua muzik janaan AI tidak akan menerima saranan oleh algoritma atau pekerja manusia. Lagu hanya akan muncul sekiranya dicari secara manual oleh pengguna Spotify.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved