Apple Music Classical Kini Boleh Dimuat Turun – Aplikasi Penstriman Muzik Klasik

TechnologyDigital
27 Mar 2023 • 10:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa minggu lepas Apple telah mengumumkan Apple Music Classical iaitu platform penstriman muzik-muzik klasik. Platform ini menawarkan pustaka muzik klasik yang mengandungi lebih 5 juta rakaman termasuk karya baharu, karya agung, dan ribuan album.

Kebanyakan kandungan di dalam Apple Music Classical adalah muzik instrumental dan koleksi legenda seperti dari Ludwig van Beethoven, Frédéric Chopin dan Johann Sebastian Bach.

image is not available

Seperti Apple Music platform ini turut menyokong penstriman pada kualiti audio nirhilang 24bit/192kHz dan audio spatial Dolby Atmos. Hari ini akhirnya Apple Music Classical sudah boleh dimuat turun oleh semua pengguna peranti iOS atau iPadOS 15.4 ke atas.

image is not available

Akses kepada platform ini adalah percuma jika anda telah melanggan Apple Music. Dalam cubaan ringkas saya tadi, memang benar ada banyak kandungan ditawarkan. Kualiti juga tidak dinafikan memang enak. Cuma buat masa ini platform ini tidak menyokong muat turun untuk pendengaran luar talian. Widget juga masih tidak disokong buat masa ini dan biografi artis juga masih tidak kelihatan.

Jika anda ingin menikmati muzik-muzik klasik yang pasti akan memberi semangat dan rasa tenang anda boleh tekan pautan di bawah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved