Apple Music Perkenalkan Label Untuk Kandungan Dijana AI

EntertainmentTechnology
5 Mar 2026 • 1:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di Malaysia turut dua minggu lalu apabila laju janaan kecerdasan buatan (AI) mencapai tangga teratas carta iTunes. Ia membuka perdebatan mengenai bakat manusia dan siapakah pemegang hak cipta. Di platform penstriman lain, puluhan lagu janaan AI kini dimuat naik setiap tahun tanpa label. Apple Music mengambil langkah berbeza dengan memperkenalkan label untuk kandungan janaan AI.

image is not available

Pemuzik boleh meletakkan label untuk gambar album, penulis lirik, keseluruhan lagu dan video muzik yang dijana menggunakan AI. Ini adalah menerusi pengenalan datameta yang dimasukkan sendiri oleh pemilik. Tiada sistem automatik mengesan kandungan dijana AI. Oleh itu pintu masih terbuka untuk karya janaan AI ini ditawarkan di Apple Music tanpa dilabel dengan betul.

Kandungan AI boleh diakses secara meluas di Malaysia. Ia telah digunakan dalam produksi muzik, siri TV dan filem tempatan walaupun menerima kritikal orang ramai. Kita sudah juga mempunyai DJ radio dan penyampai TV AI. Sayangnya kandungan Kotak Pandora AI ini sudah terlepas ke dunia dan tindakan melabelnya sudahpun terlambat.