
Apple Music Replay 2025 kini turut boleh diakses serentak dengan YouTube Recap dan YouTube Music Recap hari ini. Dari segi ciri ia sama sahaja seperti tahun lalu dengan Apple Music memberikan senarai artis kegemaran, lagu paling banyak distrim, genre kegemaran, bilangan artis yang didengari dan jumlah masa dihabiskan menstrim.

Pengguna kemudian boleh berkongsi Apple Music Replay 2025 mereka ke media sosial seperti TikTok dan Instagram untuk dilihat oleh pengikut. Kepada artis pula, mereka boleh menggunakan ciri Replay untuk melihat jumlah pendengar, trend penstriman dan lagu manakah paling diminati oleh peminat.
Kepada pengguna Apple Music, Apple Music Replay 2025 boleh diakses menerusi pautan ini atau menekan pautan Replay 2025 dalam aplikasi Apple Music.

