Apple Music Sing Diumumkan Membolehkan Pengguna Berkaraoke

TechnologyDigital
7 Dec 2022 • 1:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple Music Sing diumumkan hari ini untuk pelanggan Apple Music. Menerusinya pelanggan boleh berkaraoke terus dari dalam aplikasi dengan sokongan lirik yang tepat. Ciri ini boleh diakses pada iPhone, iPad, dan Apple TV 4K baharu.

image is not available

Pengguna boleh mematikan audio suara penyanyi asal untuk menyanyi sendiri, menyanyi dengan audio asal dan juga berduet dengan pengguna lain sekiranya lalu memerlukan dua penyanyi. Ciri ini akan diaktifkan kepada semua pelanggan Apple Music global pada penghujung bulan ini. Bagi memudahkan pelanggan mencari lagu yang terbaik untuk berkaraoke, Apple Music menghasilkan 50 senarai main yang boleh diakses dalam aplikasi.