Apple Naikkan Harga Langganan Apple One Sebanyak RM5 – Kini Bermula RM34.90 Sebulan

TechnologyDigital
25 Oct 2023 • 11:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Genap setahun sejak meningkatkan harga langganan Apple One, kini tahun ini Apple sekali lagi melakukan peningkatan harga langganan Apple One untuk pelanggan tempatan. Kini, pelan Apple One bermula RM34.90 sebulan (berbanding sebelum ini RM29.90 sebulan).

Berikut merupakan harga langganan baharu Apple One:

  • Apple One Individual – RM34.90 (sebelumnya RM29.90)
  • Apple One Family – RM44.90 (sebelumnya RM39.90)
  • Apple One Premier – RM84.90 (sebelumnya RM78.90)

image is not available

Pelan individu dan keluarga memperlihatkan peningkatan sebanyak RM5, sementara pelan premium memperlihatkan peningkatan sebanyak RM6 sebulan. Bagi yang tidak mengenali akan Apple One, ia merupakan berkas langganan yang menyatukan beberapa perkhidmatan Apple dibawah satu pakej – termasuk Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan iCloud.

image is not available

Kemaskini harga ini dilakukan oleh Apple pada peringkat global yang melibatkan sejumlah negara, termasuk Amerika Syarikat. Harga baharu ini dijangka akan diambil kira pada bil anda bermula bil akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved