Apple Pencil Pro Kini Menyokong Tekanan, Putaran Dan Getaran Haptik – Harga RM599

TechnologyDigital
7 May 2024 • 11:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti ura-ura yang kami telah laporkan sebelum ini, Apple Pencil Pro telah diumumkan secara rasmi sebentar tadi dengan ia adalah penambahbaikan terbesar pernah ditawarkan pada stylus untuk iPad. Apple Pencil Pro kini menyokong tekanan pada tubuh, boleh mengesan putaran menerusi ciri Barrel Roll dan mempunyai sistem getaran haptik.

image is not available

Apabila digunakan ia boleh bergetar yang memberikan pengalaman seakan-akan menggunakan sebuah pensel sebenar. Dengan sokongan tekanan pula mata pena boleh ditukar dengan pantas serta menu dalam aplikasi boleh diaktifkan secara lebih pantas.

Perkara paling menarik bagi kami ialah akhirnya Apple Pencil Pro boleh dikesan lokasinya menerusi rangkaian Find My. Ini adalah ciri yang lama diinginkan kerana kami kerap kali lupa di mana Apple Pencil yang dimiliki diletakkan apabila tercabut daripada sisi iPad.

image is not available

Apple Pencil Pro boleh digunakan pada Apple iPad Pro baharu dan Apple iPad Pad baharu. Ia masih boleh disambungkan di sisi menggunakan magnet seperti Apple Pencil sebelum ini. Di Malaysia sebatang Apple Pencil Pro dijual pada harga RM599.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved