Apple Perlu Membayar Pampasan $634 Juta Kerana Apple Watch Melanggar Paten

TechnologyBusiness & Finance
16 Nov 2025 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple didapati bersalah melanggar paten milik Masimo pada Apple Watch keluaran mereka menurut barisan juri mahkamah persekutuan di California. Pampasan $634 juta (~RM 2.62 bilion) perlu dibayar oleh Apple kepada Masimo selepas juri mendapati mereka melanggar paten bacaan oksigen dalam darah, mod bersenam dan sistem notifikasi kadar denyutan nadi.

image is not available

Pihak Apple telahpun mengatakan mereka akan melakukan rayuan ke atas keputusan ini kerana mendakwa salah satu paten yang didakwa dilanggar telah luput dan digunapakai pada sistem pemantauan pesakit sejak berdekad lalu.

Masimo Corp mengheret Apple ke mahkamah beberapa tahun lalu atas pelanggar 25 paten milik mereka. Dalam beberapa kes, saman ditolak kerana mahkamah mendapat tiada paten yang dilanggar. Akibat kes saman ini, Apple Watch diharamkan diimport masuk ke Amerika Syarikat oleh FTC dua tahun lalu sehingga perisian diubahsuai khusus untuk pasaran negara tersebut.