Apple Pernah Merancang Sokongan Apple Watch Untuk Pengguna Android – Tetapi Membatalkan Hasrat Tersebut

TechnologyDigital
2 Nov 2023 • 1:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Watch merupakan jam tangan pintar yang paling popular di dunia, dan digunakan ramai bukan sahaja untuk mengikuti masa dan notifikasi, tetapi juga untuk memantau kesihatan dan tahap kecergasan. Namun, ia masih ditawarkan eksklusif untuk digunakan bersama iPhone sehingga kini.

image is not available

Mengikut laporan yang hadir melalui Bloomberg, ia dikatakan Apple sebelum ini pernah ingin menawarkan aplikasi Apple Health untuk pengguna Android, selain menjadikan Apple Watch boleh digunakan oleh pengguna peranti Android. Langkah ini sekaligus dijangka akan meningkatkan lagi jualan jam tangan pintar berkenaan.

Namun, Apple membatalkan perancangan berkenaan pada saat akhir – kerana mengikut penilaian, ia dijangka akan memberikan impak kepada jualan atau nilai iPhone pada masa akan datang.

Buat masa ini, Apple seperti tiada sebarang perancangan untuk membawa atau menawarkan Apple Watch untuk pengguna Android. Untuk makluman, Apple sekadar menawarkan aplikasi Apple Music sahaja untuk pengguna Android buat masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved