Apple pada tahun ini sedia diperkatakan bakal hadir dengan telefon yang nipis, dinamakan iPhone 17 Air, sekaligus menggantikan penawaran iPhone Plus. Beserta rekaan nipis, ia juga dijangka membawa beberapa perubahan bersama dengannya.
Salah satu perkara yang dipertimbangkan oleh Apple pada iPhone 17 Air adalah termasuk membuang USB-C untuk pengecasan, dan menggunakan pengecasan nirwayar sepenuhnya. Ia sekaligus mungkin memposisikan iPhone 17 Air sebagai telefon pertama tanpa sebarang port sambungan oleh Apple.
Namun, Apple membatalkan perancangan berkenaan.
Mengikut Bloomberg, iPhone 17 Air dijangka membawa ketebalan 5.5mm, dan menyertakan hanya satu speaker, serta hanya satu kamera belakang sahaja. Langkah ini dikatakan diambil dalam memastikan peranti berkenaan nipis dan tidak tebal.
Apple dijangka mengumumkan siri iPhone 17 pada September kelak, dan mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan dengannya menjelang tarikh tersebut. Selain Apple, beberapa pengeluar pernah bereksperimen dengan peranti tambah sebarang port, dan salah satunya adalah Vivo melalui peranti Vivo Apex pada 2019 yang lepas.

