Apple Sekali Lagi Disasar Untuk Perkenal Cermin Mata Pintar Seawal Penghujung 2026

WorldTechnology
12 Apr 2026 • 11:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Arena kaca mata pintar kini sedia didominasi oleh Meta melalui kaca mata pintar yang dibangunkan bersama Ray-Ban. Meta turut telah memperlihatkan sejumlah peranti yang dalam pembangunan, yang dijangka mengubah kaedah interaksi pengguna seluruh dunia.

Selain Meta, beberapa pihak telah turut mula memfokuskan kepada penawaran kaca mata pintar, termasuk Samsung yang sedia mengatakan akan perkenalkannya tidak lama lagi. Tidak setakat itu, kini Bloomberg mengatakan Apple menyasarkan kaca mata pintar menjadi antara kategori produk utama mereka.

image is not available

Secara dalaman, Apple sedang bangunkan kaca mata pintar dengan kod N50, dan disasarkan untuk pengenalan penghujung 2026 ini, dan pelancaran pada 2027 kelak. Ia mungkin mengambil kaedah pengenalan seumpama jam tangan pintar, dimana Apple mengumumkannya terlebih dahulu sebelum menjualnya beberapa bulan selepas itu.

Melalui kaca mata pintar pertama Apple kelak, ia dijangka menawarkan ciri merakamkan gambar dan video, menyelarikan kandungan bersama telefon pintar, menjawab panggilan suara, mendengar pada notifikasi, memainkan muzik, dan melakukan sejumlah perkara melalui arahan suara. Pengenalan kaca mata pintar ini juga dijangka akan memberikan fokus terhadap Siri dan Apple Intelligence sebagai salah satu kaedah interaksi utama bergerak ke hadapan.

Selain Apple, pelbagai pihak turut sedang dalam persaingan untuk memperkenalkan dan menambah-baik penawaran kaca mata pintar masing-masing. Dan sekiranya dilihat, ia mugkin menjadi salah satu kategori produk utama untuk interaksi dan kekal berhubung dalam beberapa tahun lagi.