Apple Store Kedua Malaysia Bakal Dibuka Di Putrajaya? 22 Jawatan Kosong Cetus Spekulasi

LocalTechnology
11 Aug 2026 • 11:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kalau sebelum ini rakyat Malaysia hanya mempunyai satu Apple Store rasmi di The Exchange TRX, kini timbul spekulasi bahawa Apple mungkin sedang merancang untuk membuka cawangan keduanya di negara ini.

Spekulasi tersebut tercetus selepas Apple dilihat menyenaraikan 22 kekosongan jawatan dengan lokasi Putrajaya.

Advertisement

apple malaysia

Memetik laporan Wiser.My, antara jawatan yang ditawarkan termasuk Specialist, Ops Specialist, Technical Specialist, Technical Expert, Genius, People Ops Planner, Tech and Merch Pro serta Business Expert.

Apa yang menarik, kebanyakan posisi berkenaan bukan hanya berkaitan operasi pejabat atau korporat, sebaliknya merupakan jawatan yang lazimnya diperlukan untuk mengendalikan operasi sebuah Apple Store.

Putrajaya Jadi Lokasi Penempatan

Semakan menerusi LinkedIn turut menunjukkan beberapa jawatan terbabit meletakkan Putrajaya sebagai lokasi penempatan.

Dalam masa sama, laman kerjaya rasmi Apple turut menyenaraikan kekosongan di sekitar Lembah Klang serta beberapa lokasi lain di Malaysia.

Apple Image from: Apple Store Kedua Malaysia Bakal Dibuka Di Putrajaya? 22 Jawatan Kosong Cetus Spekulasi

Perkara itu sekali gus mencetuskan persoalan sama ada Apple Store kedua di Malaysia bakal dibuka di Putrajaya, dengan IOI City Mall antara lokasi yang mula dikaitkan dengan spekulasi tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum terdapat sebarang pengesahan rasmi daripada Apple mahupun IOI Properties mengenai pembukaan cawangan baharu itu.

Situasi Hampir Sama Sebelum Apple Store TRX Dibuka

Menariknya, situasi hampir sama pernah berlaku sebelum Apple Store pertama Malaysia dibuka.

Pada Disember 2022, Apple dilaporkan mula mengiklankan beberapa kekosongan jawatan di Malaysia, termasuk 11 posisi dalam sektor Apple Retail.

Kira-kira 18 bulan kemudian, Apple Store pertama negara di The Exchange TRX akhirnya dibuka kepada orang ramai pada 22 Jun 2024.

Jadi, adakah pengambilan pekerja di Putrajaya kali ini menjadi petanda Apple sedang membuat persiapan untuk membuka Apple Store kedua?

Buat masa ini, semuanya masih sekadar spekulasi dan peminat Apple perlu menunggu pengumuman rasmi daripada pihak syarikat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Apple Store Kedua Malaysia Bakal Dibuka Di Putrajaya? 22 Jawatan Kosong Cetus Spekulasi2026-07-30 15:45:58

Apple Lancar Program Pajakan ‘Apple Upgrade’, Pengguna Boleh Miliki Peranti Serendah RM50 Sebulan

The post Apple Store Kedua Malaysia Bakal Dibuka Di Putrajaya? 22 Jawatan Kosong Cetus Spekulasi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved