Apple Store Pertama Di Malaysia Akan Menggunakan Tenaga Lestari Sepenuhnya

TechnologyDigital
20 Jun 2024 • 12:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini berkongsi lanjut berkenaan kedai fizikal rasmi pertama mereka di Malaysia, dipanggil Apple The Exchange TRX. Ia akan dibuka secara rasminya pada 22 Jun 2024 ini, sekaligus memudahkan para pengguna tempatan dalam mendapatkan pelbagai produk Apple di sana.

image is not available

Selain jual-beli produk Apple, Apple Store juga mempunyai ruangan perkongsian ilmu dinamakan Today at Apple dengan pelbagai sesi pembelajaran dan aktiviti berbeza, dan turut mempunyai ruangan untuk membuat temujanji khusus dalam mempelajari lanjut berkenaan sesuatu produk Apple.

Apple The Exchange TRX ini mempunyai seramai 160 tenaga kerja, dan Apple mengatakan mereka mempunyai ahli yang meliputi 10 bahasa – sekaligus memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dalam bahasa yang selesa bagi mereka.

image is not available

image is not available

image is not available

Apple turut menyatakan Apple Store di Malaysia ini mempunyai tenaga lestari sepenuhnya – seperti bangunan Apple yang lain. Rekaan yang mesra cahaya luar digunakan, hasil penggunaan pelbagai kaca, disamping turut menggunakan siling bangunan berasaskan kayu balak.

Dengan pembukaan Apple Store di Malaysia juga, pihak Apple turut mengaktifkan Apple Pickup – membolehkan pembelian dilakukan di web Apple, dan barangan diambil-terus di Apple Store.