Apple Store Pertama India Dibuka Di Mumbai

TechnologyDigital
19 Apr 2023 • 12:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple Store pertama India akhirnya dibuka di Mumbai semalam menunjukkan keseriusan mereka untuk memasarkan peranti di pasaran telefon pintar kedua terbesar dunia selepas china. Apple BKC di Mumbai ini menggunakan sepenuhnya sumber tenaga elektrik lestari seperti kesemua Apple Store lain di dunia.

image is not available

Ia stor rasmi pertama Apple walaupun mereka sudahpun memasuki pasaran India sejak suku abad yang lalu. Tim Cook dan Deirdre O’Brien yang merupakan timbalan presiden pemasaran Apple secara peribadi membuka Apple BKC dengan sebuah lagi Apple Store akan dibuka di Delhi pula hari ini.

image is not available

Stor mempunyai 100 orang kakitangan yang mempunyai kemampuan berbicara dalam 20 bahasa. Terdapat panel solar pada sisi Apple BKC yang boleh membekalkan kuasa elektrik yang diperlukan untuk operasi. India kini menjadi antara pusat pengeluaran penting untuk Apple dengan mereka tidak lagi menumpukan perkilangan di China.

Bagi pembaca di Malaysia, Apple Store pertama Malaysia akan dibuka di TRX kelak dengan pembinaan masih lagi sedang dijalankan. Tiada tarikh bilakah operasi akan dimulakan yang pasti pengambilan kakitangan peruncitan telah dilakukan beberapa bulan lalu.