Apple Tangguh Pelancaran Skrin Pintar Disebabkan Siri

TechnologyDigital
10 Mar 2025 • 3:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple dilaporkan sedang membangunkan skrin pintar dengan ia dipercayai mempunyai skrin sebesar iPad, lengan robotik dan speaker seakan HomePod. Menurut laporan Bloomberg, skrin pintar yang berfungsi sebagai hab rumah pintar seakan Google Nest dan Echo Show telah ditangguh pelancarannya disebabkan oleh kelewatan ciri baharu yang sepatutnya disokong oleh Siri.

image is not available

Seperti yang kami laporkan semalam, Siri yang dipertingkatkan dengan ciri kecerdasan buatan (AI) telah ditangguh ke satu tarikh yang masih belum diketahui. Ia sepatutnya mempunyai kemampuan berbual dengan lebih bijak dan semula jadi. Walaupun sudah hampir setahun Siri yang dipertingkatkan ini diumumkan di WWDC, Apple masih belum melancarkannya kepada umum kerana dirasakan belum cukup bersedia. Malahan terdapat ura-ura mengatakan Siri dengan kemampuan diperibadikan dengan data pengguna hanya akan dilancarkan dengan iOS 19 pada bulan September depan.

Kelewatan Siri dengan AI ini adalah agak mengejutkan kerana Apple menjadi satu-satunya jenama besar yang masih belum menawarkan ciri ini secara meluas. Apple Intelligence setakat ini masih di belakang Gemini, Galaxy AI dan Copilot. Tetapi pada waktu yang sama dalam satu pungutan suara yang dilakukan tahun lalu, lebih 70% pengguna Apple mengatakan AI dilihat sebagai bukan ciri penting yang dikehendaki pada peranti.