Bagi mengelak kenaikan harga akibat cukai baharu yang diumumkan oleh pentadbiran Donald Trump, Apple bertindak pantas dengan menghantar lima pesawat penuh iPhone dan produk lain dari India dan China ke Amerika Syarikat hanya dalam masa tiga hari.
Menurut laporan The Times of India, penghantaran besar-besaran ini dibuat pada penghujung Mac lalu, sebelum cukai balas sebanyak 10% mula dikuatkuasakan pada 5 April. Kebiasaannya, waktu ini bukan waktu sibuk untuk penghantaran, tapi Apple bertindak luar biasa dengan menghantar stok lebih awal ke AS supaya harga jualan kekal sama.
Sumber memaklumkan, Apple tidak merancang menaikkan harga iPhone pasaran buat masa ini. Dengan gudang di AS kini dipenuhi stok, syarikat itu dijangka mampu mengekalkan harga sedia ada untuk beberapa bulan akan datang.
Langkah ini penting kerana jika Apple mula menerima produk baharu selepas cukai dikuatkuasakan, kos tambahan akan dikenakan. Maka, menyimpan stok lebih awal dapat membantu syarikat mengelak lonjakan harga serta mengekalkan permintaan pengguna.
- Jais sahkan tapak masjid Dengkil diceroboh, penduduk gesa pembinaan masjid diteruskan segera
- Tapak masjid di Dengkil belum dibina, tapi kuil sudah wujud? Pengerusi JPKK suarakan kebimbangan
- MB Terengganu dakwa pergerakan dipantau, telefon dipintas pihak berkuasa
- Trump ‘U-Turn’ tarif import, China tetap jadi sasaran
- ‘Tiru bulat-bulat gaya Cik Epal?’ – Netizen pertikai penampilan isteri baru Jofliam
Bagaimanapun, sebarang pelarasan harga pada masa depan mungkin tidak hanya melibatkan pasaran AS, tetapi juga pasaran utama lain termasuk India. Apple kini sedang menilai kesan struktur cukai baharu ini terhadap rantaian bekalan mereka secara global.
India muncul sebagai ‘penyelamat’ baru Apple?
Selain cukai 10%, AS juga akan melaksanakan cukai balas tambahan sebanyak 26% bermula 9 April. Keputusan ini dijangka mempercepatkan usaha Apple memindahkan lebih banyak pengeluaran dari China ke India.
Setakat ini, Apple sudahpun menjadikan India sebagai pusat pengeluaran utama bagi iPhone dan AirPods. Dengan kadar cukai ke AS yang jauh lebih rendah untuk eksport dari India (26%) berbanding China (125%), India muncul sebagai pilihan yang lebih menjimatkan.
Apple juga kini menyumbang sebahagian besar daripada eksport telefon pintar India ke AS yang bernilai hampir AS$9 bilion (sekitar RM42.7 bilion). Menurut The Wall Street Journal, AS mungkin mula mendapatkan lebih banyak iPhone dari India sebagai langkah mengurangkan kesan cukai terhadap barangan dari China.
Sementara itu, pengguna di AS juga dilaporkan mula membeli iPhone lebih awal, kerana bimbang harga boleh melonjak hingga AS$3,500 (sekitar RM16,600) jika Apple gagal mengekang kesan cukai baharu ini.
The post Apple terbangkan 5 pesawat penuh iPhone dari India dan China ke AS dalam 3 hari untuk elak cukai Trump appeared first on The Reporter.



