Apple :  “Tiada Harga Yang Boleh Dibayar Microsoft Untuk Sertakan Bing Sebagai Enjin Carian Utama Safari”

TechnologyDigital
7 Aug 2024 • 12:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google baru-baru ini telah didapati bersalah mengamalkan sikap monopoli dalam perniagaan carian. Lanjutan daripadanya juga, beberapa perkongsian lanjut pada perbicaraan berkenaan kini hadir ke arena web.

image is not available

Melalui kenyataan Eddy Cue, timbalan presiden Apple untuk bahagain perkhidmatan, ia dikatakan tiada sebarang alternatif yang lain berbanding penggunaan enjin carian Google pada produk mereka. Beliau turut dipetik mengatakan tiada sebarang harga yang boleh ditawarkan Microsoft untuk gunakan enjin carian Bing sebagai enjin carian utama pada Safari.

Ia turut ditekankan yang mana Microsoft pernah menawarkan untuk memberikan Bing terus kepada Apple secara percuma. Beberapa perkara membawa kepada penolakkan Apple terhadap Bing ini, termasuk disebabkan kualiti hasil cariannya yang tidak sebaik Google, selain Bing yang tidak begitu baik dalam mengoptimasikan pendapatan pengiklanan mereka. Sementara Google pula menawarkan pulangan kewangan yang tinggi kepada Apple, selain Google dilihat lebih memahami industri enjin carian berbanding yang lain.

View Original Article