Apple Tidak Dibenarkan Menghalang Pembayaran Luar App Store Di Amerika Syarikat

TechnologyDigital
1 May 2025 • 7:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hakim sebuah mahkamah di Amerika Syarikat hari ini mengharamkan Apple daripada menghalang pembangun aplikasi memberikan pilihan kepada pengguna untuk melakukan pembayaran di luar ekosistem App Store. Arahan berkuat kuasa serta merta dan dikeluarkan sebagai keputusan kes Epic Games menyaman Apple pada tahun 2020.

image is not available

Apple juga tidak dibenarkan mengutip bayaran sekiranya pengguna melakukan pembayaran di luar App Store seperti yang dilakukan di negara Kesatuan Eropah (EU). Mereka juga tidak lagi dibenarkan menghalang pembangun memberitahu pengguna terdapat sistem pembayaran alternatif selain App Store.

CEO Epic Games, Tim Sweeney telahpun mengeluarkan kenyataan Fortnite akan kembali ke App Store seawal minggu depan. Beliau juga berjanji Epic Games akan menggugurkan litigasi semasa dan masa depan sekiranya Apple mengikut arahan yang dikeluarkan mahkamah.

Epic Games menyaman Apple dan Google selepas Fortnite dibuang daripada App Store dan Play Store pada tahun 2021. Alasan yang diberikan Apple dan Google ialah pembelian V-Buck yang memintas ekosistem pembayaran mereka melanggar terma dan syarat stor aplikasi.

Hanya beberapa minggu lalu Apple didenda €500 juta (RM 2.45 bilion) oleh Suruhanjaya Eropah (EC) kerana melanggar Akta Pasaran Digital (DMA). Tindakan Apple mengenakan bayaran €0.50 untuk setiap pemasangan aplikasi menerusi stor pihak ketiga didapati melanggar DMA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved