Apple TV 4K Dikemaskini Dengan Cip A19, Siri AI, Berharga RM1349

TechnologyDigital
14 Oct 2026 • 1:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple TV 4K Dikemaskini Dengan Cip A19, Siri AI, Berharga RM1349

Apple hari ini turut hadir dengan kemas kini untuk kotak sambungan ke televisyen mereka, Apple TV 4K. Seperti pada namanya, ia menawarkan sokongan resolusi sehingga paparan 4K, dilengkapi dengan cip Apple A19 yang lebih berkuasa berbanding A15 Bionic pada model 2022, sekaligus menawarkan pengalaman dan prestasi lebih baik dalam membolehkan pengguna menikmati kandungan menggunakannya.

Image from: Apple TV 4K Dikemaskini Dengan Cip A19, Siri AI, Berharga RM1349

Alat kawalan Apple TV 4K juga turut menyertakan sokongan Siri melalui sebuah butang khusus untuk mengaktifkannya, dan pada masa yang sama turut menyertakan sokongan clickpad untuk kawalan mudah.

Seperti sebelum ini, pengguna turut boleh gunakan sokongan cast untuk berkongsi kandungan dari peranti ke skrin televisyen, menggunakannya bersama iPhone dalam membuat panggilan FaceTime, dan menyokong sehingga empat speaker untuk pengalaman audio yang baik – turut melalui integrasi bersama HomePod Mini 2.

Di Malaysia, Apple TV 4K ini akan ditawarkan bermula 13 November, pada harga RM1349.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved