Bulan lepas, satu isu berkaitan Apple TV 4K tidak boleh digunakan dengan sempurna tanpa produk Apple lain yang menjalankan iOS 16.0 atau iPadOS 16.0 ke atas telah tular.
Apple telah mengemaskini Terma Dan Syarat iCloud dan untuk menerimanya, jika pengguna memiliki Apple TV 4K – peranti Apple lain diperlukan.
Apple team got back to me. Workaround: go to Settings > Users and Accounts > $user > iCloud > Sign Out
And sign back in. You'll be prompted for the terms and conditions then, on the Apple TV.
(I tried it, it works.)
Kini, selepas ciapan pengguna yang melaporkan isu ini mencapai hampir 1 juta tontonan – Apple membenarkan pengguna menerima Terma Dan Syarat iCloud baharu melalui laman iCloud.com.

Langkah lain adalah dengan pergi ke tetapan sistem Apple TV 4K, log keluar akaun iCloud dan log masuk semula untuk menerima Terma Dan Syarat baharu.



