Apple TV+ Boleh Ditonton Percuma Hujung Minggu Ini

TechnologyDigital
31 Dec 2024 • 8:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Platform penstriman video Apple TV+ boleh ditonton secara percuma dari 3 hingga 5 Januari depan. Semua kandungan platform boleh ditonton secara percuma sebagai usaha Apple menarik minat orang ramai untuk melakukan langganan. Ini kali pertama Apple menawarkan akses percuma kepada semua kandungan kerana sebelum ini hanya menawarkan siri dan episod tertentu sahaja.

image is not available

Antara kandungan menarik yang boleh ditonton ialah  siri “Silo,” “Shrinking”, “Ted Lasso.” dan “For All Mankind”. Filem terkini “Fly Me to the Moon”, “Wolfs” dan “Napoleon” juga boleh ditonton dalam tempoh masa terhad ini.

Untuk menonton Apple TV+ percuma, pengguna hanya perlu log masuk menggunakan akuan Apple ID mereka. Apple TV+ dilancarkan pada tahun 2019 dengan ia kini ditawarkan di lebih 100 negara termasuk Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved