Apple TV+ Dilaporkan Rugi Lebih $1 Bilion Setiap Tahun

TechnologyDigital
20 Mar 2025 • 10:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple TV+ merupakan perkhidmatan penstriman video oleh Apple, menyertakan sejumlah siri televisyen dan juga filem melaluinya. Terbaru, mengikut laporan The Information, Apple TV+ dikatakan mengalami kerugian lebih $1 bilion setiap tahun.

image is not available

Ia dikatakan pada tahun 2024 lepas, Apple TV+ mempunyai sekitar 45 juta pelanggan berbayar. Ia tidak diketahui berapa ramai melanggannya secara berasingan, dan berapa ramai yang menerima akses Apple TV+ melalui berkas langganan Apple One.

Disamping itu, Apple juga dilihat menghadapi cabaran dalam menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan penstriman video mereka – jikalau dibandingkan dengan Netflix, Prime Video mahupun Disney+ Hotstar. Salah satu sebabnya adalah kerana katalognya yang masih rendah, selain Apple seperti tidak memfokuskan kandungan lokal melalui penawaran mereka.

Apa pun, boleh dikatakan kerugian $1 bilion adalah rendah kepada Apple, yang menjana keuntungan lebih tinggi berbanding pelbagai penyedia perkhidmatan lain di pasaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved