Apple TV+ Kini Menawarkan Akses Percuma Untuk Beberapa Siri-TV Sehingga 29 Januari 2023

TechnologyDigital
20 Jan 2023 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple kini melalui Apple TV+ menawarkan akses percuma untuk sejumlah siri TV yang dihasilkan oleh mereka, sehingga 29 Januari 2023 kelak.

Apa pun, akses percuma ini diberikan untuk musim pertama sahaja, dan pengguna perlu melanggan Apple TV+ sekiranya ingin sambung menonton musim kedua siri-siri berkenaan.

image is not available

Antara rancangan yang ditawarkan musim pertama secara percuma adalah Pachinko, Prehistoric Planet, dan The Morning Show.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak rancangan berkenaan secara percuma melalui Apple TV+ hari ini.