Apple TV Mula Tawarkan Penstriman Filem Studio Luar

EntertainmentMovie
14 Aug 2026 • 2:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Platform penstriman Apple TV (dahulu Apple TV+) dilancarkan pada November 2019 dan sejak hari pertama hanya menawarkan kandungan yang diterbitkan sendiri oleh Apple. Walaupun sudah hampir 7 tahun beroperasi, jumlah kandungan yang ditawarkan Apple TV adalah lebih kecil berbanding pesaing. Ini secara tidak langsung menyebabkan jumlah pelanggan Apple TV juga lebih rendah berbanding Netflix, Disney+ dan Prime Video.

Image from: Apple TV Mula Tawarkan Penstriman Filem Studio Luar

Apple mula menawarkan 19 filem yang diterbitkan studio luar di Apple TV plus sejak semalam. Filem yang ditawarkan ialah seperti di bawah. Berita buruk bagi pengguna di Malaysia ialah, filem-filem ini hanya ditawarkan kepada pelanggan di Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom sahaja pada saat ini.

  • Arrival
  • The Aviator
  • The Bourne Identity
  • Charlies Angels
  • E.T.
  • Forgetting Sarah Marshall
  • Gone Girl
  • I, Robot
  • Looper
  • The Martian
  • Mission Impossible: Ghost Protocol
  • The Proposal
  • The Rookie
  • The Sixth Sense
  • Titanic
  • Zodiac
  • Zoolander

Sumber – 9to5Mac

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved