Apple Umumkan Pelaburan $600 Bilion Bagi Meningkatkan Pengilangan Di Amerika Syarikat

WorldBusiness & Finance
7 Aug 2025 • 7:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berita paling mengejutkan pagi ini ialah tarif 100% dikenakan Amerika Syarikat ke atas import cip dan semikonduktor yang akan mendatangkan impak amat besar kepada ekonomi Malaysia. Ia diumumkan Presiden Trump ketika melakukan pertemuan dengan CEO Apple Tim Cook. Maka tidak mengejutkan Apple hari ini mengumumkan penambahan $100 bilion lagi pelaburan bagi meningkatkan kemampuan pengilangan mereka di Amerika Syarikat.

image is not available

Secara keseluruhan Apple komited melakukan pelaburan berjumlah $600 bilion dalam tempoh empat tahun bagi membawa lebih banyak lagi rantaian bekalan dan pengeluaran terkini ke Amerika Syarikat. Melalui pelaburan ini kelak 20,000 pekerjaan baharu akan diwujudkan sebahagian besarnya menumpukan pada penyelidikan dan pembangunan, kejuruteraan silikon, pembangunan perisian dan kecerdasan buatan (AI) serta pembelajaran mesin (ML).

Kesemua kaca untuk iPhone dan Apple Watch akan dikeluarkan di Amerika Syarikat menerusi rakan niaga mereka Corning. Magnet dengan unsur nadi bumi juga akan dihasilkan di Amerika Syarikat. Sementara itu cip untuk pelbagai peranti pula akan dikeluarkan di Arizona menerusi kilang yang dimiliki oleh TSMC.