Apple Vision Pro Kini Rasmi, VR Paling Gempak Abad Ini!

Digital
6 Jun 2023 • 9:12 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Malam tadi Apple telah mengumumkan set kepala realiti pertama mereka, Apple Vision Pro dengan pelbagai teknologi baru yang dikuasakan dengan VisionOS. Rasa-rasa gempak tak?

image is not available

Apple Vision Pro ini menggunakan dua cip iaitu M2 yang digabungkan dengan R1. Menariknya, resolusi 4K akan dipaparkan pada kedua-dua mata korang dengan 5 penderia utama serta 12 kamera. Mantap gila!

image is not available

Kalau korang perhatikan Apple Vision Pro ni, ia hadir dengan rekaan kaca di bahagian depan yang menggunakan bingkai aluminium. Kalau nak kawalnya pula, korang boleh gunakan pergerakan tangan je dengan ‘features’ tap to select, flick to scroll ataupun boleh hanya melalui suara.

Ini paling gempak! Korang boleh gunakan Apple Vision Pro ni dalam dua keadaan secara serentak sama ada dalam dunia sebenar ataupun dunia realiti maya melalui mod tembus.

image is not available

Korang juga boleh berinteraksi dengan orang disekeliling walaupun tengok pakai Apple Vision Pro ni dengan ciri EyeSight yang tersedia. Gempak gila!

image is not available

Banyak lagi features menarik yang ada pada Apple Vision Pro ni. Kalau korang berminat, ia akan dijual pada harga $3499 (RM16,016) pada tahun depan. Stay tuned gais!

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.